TENTANG E-INVOIS

APA ITU E-INVOIS

E-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. E-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain. 

E-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian. 

Pastikan maklumat syarikat diisi dengan tepat seperti berikut:-

  • Nama : Rasumi Medipharma Sdn. Bhd.
  • BRN No. : 200601008209
  • TIN No. : C20864151030
  • SST No. : N-10-190132000003
  • Alamat: No.162, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
  • Email: [email protected]
  • No Tel: +606-6012918