Description
Madu Lebah Tualang
Lebah gergasi yang menghasilkan madu tualang berbeza dengan lebah ternak. Kita dapat melihat perbezaan yang ketara pada saiz dan tingkahlakunya yang agresif. Lebah tualang (apis dorsata) tidak boleh diternak dan ia hanya hidup liar.
Lebah tualang ini mempunyai daya tahanpenyakit yang tinggi berbanding lebah ternak . Ia juga mampu terbang dan membiak dengan pantas.
Madu tualang merupakan antara madu yang diperakui terbaik di dunia. Berikut merupakan kelebihan madu tualang berbanding madu dari lebah yang di pelihara:
• Mempunyai antioksida yang jauh lebih tinggi dari madu lebah ternak
• 5 kali lebih banyak khasiat dari madu lebah yang dipelihara (kajian UPM 1995)
• Mempunyai campuran propolis dan polen lebah (bee pollen)
• Sumber nektar dari pelbagai bunga hutan organik dan tidak mengandungi racun
• Sesuai diamalkan sebagai suplement yang memberikan nutrien lengkap
CARA PENGAMBILAN:
Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan. (Untuk mengekalkan khasiat madu tualang, anda dinasihatkan menggunakan sudu yang diperbuat dari bahan plastik)
Kanak-kanak: Gunakan camca kecil
Reviews
There are no reviews yet.